Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Sunday 31 March 2013

Kebangkitan Umat Melayu Patani

Kebangkitan umat Islam Melayu Patani selama sembilan tahun telah memakan korban yang cukup tinggi-lebih daripada 5300 nyawa melayang. Kebangkitan menentang penjajah Siam di wilayah yang majoriti terdiri orang Melayu Islam dan mempunyai hubungkait dengan sejarah Kesultanan Melayu Patani. Menurut sebilangan pakar keadaan kritikal dan genting ini berlaku kerana sikap  zalim dan kejam pentadbiran Bangkok terhadap umat Islam di wilayah ini.Keadaan politik di Bangkok yang meruncing  di antara penyokong mantan Perdan Menteri Thaksin dengan pihak tentera menggoncang kestabilan Negara Gajah Putih itu.

 BERSAMBUNG

Saturday 30 March 2013

Tentera Penjajah Tempah Maut Di Patani

Pihak gerila Patani meningkatkan lagi serangan mereka ke atas tentera penjajah Siam di Patani Darussalam. daerah Rueso,wilayah Menara.. Dalam serangan hendap itu seorang tentera yang berpangkat kapten terbunuh dan 14 cedera parah.


Serangan ini dilakukan sehari selepas dialog perdamaian diadakan di Kuala Lumpur antara pihak Bangkok dan BRN-C di Kuala Lumpur pada 28 Mac,2013. Pihak BRN difahamkan meminta 60, 0000 tentera yang Thai yang berada di bumi Patani Darussalam ditarik keluar. Pihak Bangkok telah menolak permintaan itu.

Setakat ini lebih daripada 5,300 telah terbunuh akibat konflik yang meletus sejak 2004.


Hassan Taib Yang Saya Kenal


Seorang bekas anggota BRN mendakwa kenal baik dengan HassanTaib atau Arsae Toyib (sebutan bahasa Melayu Patani). Menurut Encik 'E' Hassan Taib adalah pemimpin BRN yang kredibitinya tidak diragui. Beliau adalah orang kedua selepas Encik Sep-ing Basor bekas mudir  sekolah Yayasan Thammawithya di Yala  dan pemimpin BRN.C

Encik 'E' mendakwa beliau telah kenal Hassan  3 dekad yang lalu, bila menyertai kumpulan pejuang itu. .Hassan menyertai BRN ketika berusia 18 tahun dan dihantar belajar di Indonesia.Beliau menyertai sayap tentera BRN sebagai peminpin. Setelah lulus daripada Universiti Padjajaran beliau pulang ke Patani Darussalam.


Semasa berada di Patani Darussalam banyak bergerak ke seluruh wilayah itu untuk mengajar di tiga wilayah Patani Darussalam. Dialah orang yang bertanggungjawab menubuhkan Tadika(sekolah melayu) di tiga wilayah.

Menurut Encik 'E'dia tidak tahu tentang dialog yang sedang bermula. Menurut Encik E lagi, mereka memuji mantan Perdana Menteri  itu kerana mengambil inisiatif berdialog dengan BRN.

Katanya lagi,perbincangan telah bermula dua tahun yang lalu di negara ketiga termasuklah di Dubai  .Di sini wakil BRN bertemu dengan Thaksin. Menurut Encik 'E' BRN lebih selesa dengan Thaksin kerana dia lebih mudah berkira berbanding pihak demokrat yang terlalu tegar.

Matlamaty utama BRN ialah merdeka dan berkerajaan sendiri. Bagaiman pun perkara itu boleh dirombak kiranya kerajaan Bangkok mampu memberikan keadilan kepada rakyat dan bekerja untuk kebaikan rakyat.

Isu Patani Darussalam Kian Hangat


Isu umat Islam Melayu Patani. kian merebak di peringkat kebangsaan,ASEAN malah kini telah mendapat meliputi di seluruh dunia. Dunia telah melihat bagaimana kerajaan Bangkok melayan dan menguruskan wilayah Patani ini yang pada sesuatu dahulu adalah sebuah kerajaan yang berdaulat dan merdeka.

Kerajaan Bangkok bertindak kejam dan zalim ke atas umat islam Melayui di Patani Darussalam. Tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan menyebabkan mereka bangkit dan menentang secara bersenjata.

Mereka ditembak sesuka hati tanpa sebarang bukti. Pembunuh lepas begitu sahaja. Tidak sebarang hukuman atau tangkapan dibuat terhadap pembunuh. Mereka lepas bebas di bawah undang-undang  Negara  Gajah Putih ini.

Kini kebangkitan umat Islam Patani telah meresahkan pentadbiran di Bangkok. Setiap hari tentera Thai berjumlah 60,000 menempah maut di setiap sudut wilayah Patani Darussalam.

Ada pendapat yang mengatakan kebangkitan di Patani tidak lagi bersifat lokal atau tempatan malah menjangkau lebih daripada itu. Bahannya sudah terasa ke seluruh Asia Tenggara.

Seorang ulamak besar Patani Darussalam Sheikh Daud Al-Fathani  yang jasadnya bersemadi di Mekah pernah berfatwa menentang Siam adalah jihad. Tetapi ada usaha-usaha untuk menidakkan fatwa ini oleh sarjana Barat dan yang sealiran dengannya. Mereka mengatakan ini adalah semangat nasionalisme Patani.



Friday 22 March 2013

Carta Organisasi BRN-C


                                                            Bendera  BRN


















Thursday 21 March 2013

Seorang Anak Lelaki Maut Dalam Letupan Bom


Seorang anak lelaki Nik Sofian,9 tahun telah terbunuh dalam letupan bom di bandar Patani. Ibunya,Wan Limah juga turut cedera.

Dalam kejadian itu 18 orang cedera dan  telah dikejarkan ke Hospital Patani.

Pihak polis telah menuduh ianya dilakukan oleh pihak pemisah. Tetapi menurut pemerhati bebas perbuatan ini dilakukan oleh pihak ketiga.

Sunday 3 March 2013

Ustaz Hasan Taib Tokoh BRN Tidak Punya Pengaruh


Tidak banyak yang diketahui tentang pemimpin Barisan Revolusi Nasional, Ustaz Hasan Taib. Beliau berasal dari Jabat,Narathiwat, Fathani Darussalam

Beliau menyambungkan pelajarannya di Indonesia hingga ke peringkat master. Beliau seorang pelajar aktif semasa di kampus Uiniversiti Padjadjaram Indonesia.

Dikenali sebagai pemimpin pelajar Patani Darussalam semasa di Indonesia.
Lulus  dari universiti padatahun 1976.

Menurut Don Pathan seorang yang cukup arif tentang pejuang dan perjuangan Melayu Fathani,Ustaz Hasan Taib bukanlah seorang tokoh yang mempunyai pengaruh terhadap pejuang yang berada di lapangan.Oleh kerana tidak dapat menemui pemimpin pejuang yang berpengaruh maka pihak Bangkok secara tangkap muat menerima Hasan dengan 'dibantu' oleh pihak Malaysia.

Dalam hal ini pemimpin yang berwibawa tidak muncul. Ini dapat dilihat lepas menandatangani proses dialog damai letupan bom telah berlaku di kawasan  Patani dan Narathiwat!

Friday 1 March 2013

Ledakan Bom Masih Berlaku Di Narathiwat

Meskipun perjanjian dialog damai antara Bangkok dan Barisan Revolusi Nasional telah ditandatangani  pada 28 Februari 2013, letupan bom tetap berlaku di daerah Muang Narathiwat pagi Jumaat ini.

Seramai 6 orang telah cedera parah termasuklah seorang tentera..Bom yang disembunyikan di dalam sebuah motorsikal telah meletup pada pukul 5.50 pagi di pasar jalan Phuphaphakdee,Narathiwat.



Menurut seorang saksi yang  memberi tahu polis,seorang anak muda yang tiba ke pasar dengan sebuah motorsikal  dan dipercayai mermbawa bahan letupan seberat  5 kilogram. Dia meletakkan motorsikalnya di hadapan pasar berdekatan sebuah pikup yang digunakan oleh tentera untuk menjaga pasar. Pemuda itu kemudian memasuki kumpulan orang ramai dan terus menghilangkan diri.



Lima minit kemudian berlaku letupan,mencederakan seorang tentera dan lima orang awam cederaMereka telah dimasukkan ke Hospital Ratchanakarin,Narathiwat.

Mangsa-mangsa letupan bom:
1. Sompong Woonpuan,66,cedera parah.
2.Hathaichanok Sae ngum,39
3.Ampom Palanuwat,60
4.Chantawee Sae Lao.42
5.Chitra  Anothai,60
6.JesadaDeipala,23 (tentera)

Letupan itu juga telah merosakan enam buah mtorsikal dan dua buah pikup.

Pihak polis menuduh pejuang yang melakukannya..