Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Wednesday 24 August 2016

Tidak Ada Rundingan Dengan Pejuang Patani



Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan berkata tidak ada sebarang rundingan dengan pihak pejuang Patani selagi tidak keaman di wilayah selatan yang dikuasi oleh regim Thai Buddha itu.

Beliau berkata demikian  selepas berlaku serangan bom kereta di bandar Patani yang meragut seorang nyawa dan mencederakan lebih daripada 30 orang.


Monday 22 August 2016

Pondok Padang Pusu Diserbu Tentera Thai

Pondok Padang Pusu  yang mempunyai lebih daripada 1000 orang pelajar telah diserbu oleh tentera kerana dikatakan pihak pemisah bersembunyi di sini. Pondok ini juga mempunyai ramai penuntut  dari Malaysia yang terletak Pujud,di wilayah Patani.

Pondok yang terbesar di Patani ini cukup dicurigai oleh pihak tentera. Pelajar-pelajar telah diarah berkumpul di luar bilik bagi membolehkan pihak tentera mencari pihak pemisah.



Pihak tentera telah memeriksa seluruh kawasan pondok  itu untuk mencari pemisah dan bahan-bahan bukti.Pihak tentera gagal menemui pemisah yang dikatakan berada di situ.
Pihak tentera terus menyoal siasat pihak pentadbir pondok.

Pihak pentadbir pondok memberikan kerjasama kepada pihak tentera yang membuat siasatan.