Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Thursday 1 March 2018

Pejuang Hak Asasi Kemanusiaan Melayu Patani Dirundung Malang

Aiman Hadeng 35 tahun pejuang keadilan untuk rakyat Patani telah ditahan dan dinafikan haknya untuk mendapatkan peguambela.Beliau ditahan pada 23 Februari kemudiannya dibebaskan pada 28 Februari 2018,

Penahanan terhadap pejuang keadilan sering berlaku di Thailand Selatan. Ada yang dihilangkan.Malah yang ditembak secara curi adalah perkara lumrah di Negara Gajaang Putih ini.Nyawa rakyat Melayu Islam Patani berhadapan dengan maut bila-bila masa sahaja.