Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Friday, 16 August 2013

KEDATANGAN YANG MENGUNDANG MAUT

Menara.16.08.2013
05.55                               

Bila berlaku kejadian tembak menembakdi Pekan Jabat, Menara,Patani Darussalam pihak  polis Siam datang untuk membuat siasatan. Kedatangan mereka dengan kereta pikup merah sudah ditunggu oleh pejuang Patani. Pihak pejuang terus menyerang polis dan metetupkan kendaraan polis itu.  






Dalam serangan itu 4 pucuk pistol  dan 4 pucuk senapang jenis M-16 telah berjaya dirampas.Kendaraan polis telah diletupkan.

Thursday, 15 August 2013

YB Abdul Ghafur Dalam Kenangan

Berita kematian YB Abdul Ghafur Bin Kundur  pada 14 Ogos 2013 cukup memeranjatkan. Beliau ditembak dengan senjata M-16oleh orang yang tidak dikenali pada pukul 5 petang dalam  perjalanan pulang dengan keretanya.


Sebelum ini beliau bergerak  cergas  dalam poltik. Beliau telah berjaya dipilih sebagai YB sebanyak  enam kali. Allahyarham dikira sebagai seorang politikus Islam yang terkenal.

YB Abdul Ghafur cukup rapat  dengan masyarakat setempat, iaitu Kampung Pulau Gasing. YB Abdul Ghafur  merupakan mangsa ke 15 pembunuhan di kampung itu.

Menurut pihak berkuasa di Yarang,Patani berkata kematian YB adalah berkaitan dengan soal peribadi. Tetapi  masyarkat Melayu Islam tahu siapa dalang dan pembunuhnya. Hanya orang di luar negeri sahaja masih kabur siapa pembunuh dan dalangnya.                          

Beliau ialah pengasas dan pengarah 'Amalliddin Of  Foundation School di kampungnya. Murid-murid tidak dikenakan  bayaran atau yuran untuk  persekolahan mereka. Mereka perlu bayar tambang pengangkutan sahaja bagi murid-murid yang menggunakan pengangkutan untuk  datang ke sekolah.


Beliau cukup perihatin dengan pendidikan anak Melayu Islam Patani. Jadi sebab itulah mendirikan sekolah di kampungnya. Sekolah itu didirikan bersebelahan rumahnya.

Selain daripada itu dia menyediakan program pendidkan peringkat sarjana muda di sekolahnya. Program ini diadakan pada waktu malam.Semuanya percuma. Tenaga pengajar program ini memberikan khidmat secara sukarela untuk memajukan pendidikan anak bangsa Melayu Islam Patani.

Beliau pernah menyuarakan tentang keselamatan dirinya. Dirinya juga dalam bahaya!

Tuesday, 13 August 2013

History Books on 1932 revolution and Rama VI withdrawn from Asia Books

Asia Books, Thailand’s largest English language bookstore, on Thursday withdrew from their bookshelves two academic titles on Thai history, citing “political sensitivity.” The books concern the history of the 1932 revolution and the controversial relationship between King Rama VI and his palace servants. 

Asia Books’ representative declined to give any reason for the books’ withdrawal, but a document sent from Asia Books to the books' distributor, seen by Prachatai, cited the "political sensitivity" as the main reason.  
One of the two books withdrawn is “Dream the Impossible Dream” written by Dr. Nattapol Chaiching, history professor of Suan Sunandha Rajabhat University. It studies the role of the People’s Party after the 1932 revolution and the counter-revolution led by the royalists. 
The book was published by Fah Diew Kan (Same Sky) publishing house under the “Monarchy Studies Series” 
“Nai Nai” (Gentlemen-in-waiting), written by Chanun Yodhong, deals with the relationship between King Rama VI and the servants in the palace. It poses questions about King RamaVI and his projects such as the Boy Scouts and Vajiravudh College, a private boys-only boarding school he founded in 1910.  “Nai Nai” was published by Matichon publishing house.  
Dream the Impossible Dream by Nattapol Chaiching and Nai Nai by Chanan Yodhong
In 2011, during the Abhisit Vejjajiva government, Kinokuniya and Asia Books also decided not to carry “In Conversation with Thaksin” written by Tom Plate, professor-cum-journalist of Loyola Marymount University in Los Angeles, citing political sensitivity.  
Asia Books have not given any explanation as to why they do not sell the book, while Kinokuniya stated that the book was “sensitive” in the social and political context so they have to be “careful,” even though the book ranked 8th in the Straits Times non-fiction bestseller list, as reported by the Strait Times. 
In 2009, three issues of The Economist were banned and subscription copies were not distributed due to content relating to the monarchy, lese majesté and the Computer Crime Act. 
Correction: August 13, 2013
Dr. Nattapol Chaiching is a history professor of Suan Sunandha Rajabhat University, not Phranakhon Si Ayutthaya Rajabhat University   

Sumber: Prachatai                   
Suluck Lamubul 
Thu,08.08.2013

Saturday, 10 August 2013

THAILAND GAGAL MEMBERIKAN KEADILAN KEPADA MANGSA TRAJEDI TABA( TAK BAI)

Kerajaan gagal memberikan keadilan kepada mangsa pembunuhan trajedi  Taba (Tak Bai) 2004.Demikian pertubuhan Amnesti Antarabangsa. Dalam tajedi 25 Oktober 2004 pasukan tentera Siam berlaku ganas dengan melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan yang tidak bersenjata.Tujuh orang telah ditembak mati manakala 78 maut  kerana sesak nafas. Mereka dimuatkan dalam truk tentera secara bertindih dan dibawa ke pusat tahanan.


Menurut Timbalan Pengarah badan itu,Isabelle Arradon, pihak tentera telah menghimpun 1 200 penunjuk perasaan yang kesemuanya lelaki dibeberapa kem tahanan. Mereka tidak diberikan sebarang rawatan walaupun ada yang cedera parah.

BERSAMBUNG

Friday, 9 August 2013

DUA ORANG PAHLAWAN PATANI GUGUR SYAHID

Dua orang pejuang Patani gugur syahid dalam pertempuran dengan polis dan tentera Thailand pagi Jumaat lalu.

Pejuang adik beradik syahid setelah bertempur dengan pasukan penjajah Siam selama 15 minit.

Shafie dan Osman tewas manakala empat yang lain selamat pulang ke pangkalan.

Mereka berasal dari Kampung Lalok,Jabat,Menara.

Thursday, 8 August 2013

BRN TANGGUH RUNDINGAN DAMAI

Tindakan Barisan Revolusi Nasional (BRN)menangguhkan rundingan damai dengan penjajah Siam telah disahkan oleh Timbalan Perdana Thailand, Pracha  Promnok menurut  'Bangkok Post'

Menurut pihak BRN dalam laporannya dalam YOU TUBE,rundingan tidak akan diteruskan selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Pihak Barisan Revolusi Nasional telah mengemukakan 5 tuntutan dalam klip videonya kepada penjajah Siam. Sehingga kini pihak penjajah Siam tidak memenuhi walaupun satu permintaan daripada BRN.

Malah menurut klip video itu lagi, penjajah Siam menipu,memfitnah rakyat Patani dan tidak menunaikan janji.



Wednesday, 7 August 2013

Keputusan Majlis Syura BRN

http://www.youtube.com/watch?v=8JE9NiawBL8&feature=youtu.be       


Sila klik URL di atas

Majlis Syura BRN telah membuat keputusan untuk TIDAK berunding dengan penjajah kerana sikapnya yang menipu,memfitnah bangsa Patani dan tidak menunaikan janji.

Monday, 5 August 2013

RAKAMAN CCTV 4 PEMBUNUH IMAM MESJID JAMEK PATANI

Ditengah-tengah kesibukan bandar empat orang pengganas dengan menunggang dua buah motorsikal menyerang kereta Imam dan melepaskan tembakan ke arahnya.




IMAM MESJID JAMEK PATANI MATI DITEMBAK

Sejak akhir-akhir ini nyawa Imam,Tok Guru dan Guru Tadika menjadi sasaran penjahat Siam. Hari ini nyawa Imam Mesjid Jamek Patani,wilayah Patani menjadi sasaran, Beliau telah ditembak oleh empat orang yang bersenjata sewaktu memandu kereta miliknya.

Sewaktu kejadian itu berlaku  Imam Yakob Ramanee memandu kereta di Pasar Cabang Tiga di tengah-tengah bandar Patani. Beliau ditembak pada pukul 16.35 petang. Imam Yakob mati di tempat kejadian.

Tiga tahun lalu beliau pernah diserang oleh penjahat. Tetapi sasarannya tidak tepat. Tembakan itu mengena kopiah yang dipakainya sahaja. Hari ini 5 Ogos 2013 beliau pulang menemui Penciptanya.
                                                                                                                                                                                                                                       

Pemergian beliau telah disembahyangi oleh lebih daripada 1000 orang hadirin 

Thursday, 11 July 2013

SETUL DILANDA BANJIR

Tujuh daerah di bahagian selatan Setul diisytiharkan kawasan darurat kerana dilanda banjir.


Setakat ini   9 200 buah rumah rosak akibat banjir. Pihak berkuasa tempatan sedang membuat tinjaun apakah bantuan yang diperlukan.


Gabenor wilayah Setul Muachai Jiraapirak  berkata hujan lebat yang melanda wilayah itu dengan kerosakan teruk di daerah Langu.

Arus banjir yang kuat memasuki taliair Langu dan arusnya melimpah ke kebun getah dan ladang kelapa sawit.

Ada setengah-tengah jalan tidak dapat dilalui tetapi pihak tentera  menyelesaikannya.

Wednesday, 1 May 2013

Pejuang Keadilan Melayu Islam Patani Dipenjara

Anwar Ismael anak muda berusia 30 tahun dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun kerana dituduh mempunyai hubungan dengan pihak pejuang kemerdekaan. Pihak pejuang kemerdekaan menurut pandangan penjajah Siam ialah pemberontak.

Beliau adalah pengasas Kumpulan Bunga Raya yang perihatin terhadap pendidikan umat Melayu Islam Patani.


Menurut sumber yang layak dipercayai kegiatan Anwar Ismael tidak disenangi oleh penjajah Siam. Pihak Siam mula menjajah Patani Darussalam pada tahun 1785. Pada saat itu bermulalah  ketegangan antara Melayu Islam Patani dengan pihak penjajah Siam yang saban hari menindas umat Melayu.

Sebelum ini beliau telah dipenjara selama 1 tahun. Kemudian beliau dibebaskan. Pihak penjajah Siam tidak senang dengan bebasnya Anwar.

Sekali lagi beliau ditahan dan dibicarakan di mahkamah  Patani atas tuduhan sebagai 'pemberontak'. Beliau telah disabitkan dengan kesalahan itu dan dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun lagi.

Segala tenaga,fikiran dan keringat digunakan untuk membangunkan umat Melayu Islam Patani. Sayangnya pihak penjajah Siam tidak mengerti  perjuangan Sdr. Anwar Ismael!

Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang isteri yang terpaksa meneruskan hidup tanpa seorang lelaki yang bernama suami. Anwar juga seorang wartawan yang bergerak cergas membantu masyarakat.

Sedang dikasih
Sedang disayang
Sayang sekali anda 'diambil' pemain wayang
lalu dikurung tempat yang tiada bayang.

Friday, 5 April 2013

Timbalan Gabenor Meninggal Dunia.


Timbalan  Gabenor Jala diumunkan telah meninggal dunia di Hospital Jala

Letupan Bom Cederakan Timbalan Gabenor Jala.

Maut sentiasa mengintai tubuh dan wajah penjajah Thai yang datang ke Negara Patani Darussalam. Kali ini sasarannya yang berkuasa dan berpangkat. Timbalan Gabenor Jala menjadi sasaran. Bom yang meletup ditepi jalan telah mencederakan Issara Tongthawat  di daerah Bannang Sata. Kejadian itu berlaku pada pukul 12.40 tenghari. Keretanya rosak teruk.

Beliau telah dikejarkan ke Hospital Jala..









Sunday, 31 March 2013

Kebangkitan Umat Melayu Patani

Kebangkitan umat Islam Melayu Patani selama sembilan tahun telah memakan korban yang cukup tinggi-lebih daripada 5300 nyawa melayang. Kebangkitan menentang penjajah Siam di wilayah yang majoriti terdiri orang Melayu Islam dan mempunyai hubungkait dengan sejarah Kesultanan Melayu Patani. Menurut sebilangan pakar keadaan kritikal dan genting ini berlaku kerana sikap  zalim dan kejam pentadbiran Bangkok terhadap umat Islam di wilayah ini.Keadaan politik di Bangkok yang meruncing  di antara penyokong mantan Perdan Menteri Thaksin dengan pihak tentera menggoncang kestabilan Negara Gajah Putih itu.

 BERSAMBUNG

Saturday, 30 March 2013

Tentera Penjajah Tempah Maut Di Patani

Pihak gerila Patani meningkatkan lagi serangan mereka ke atas tentera penjajah Siam di Patani Darussalam. daerah Rueso,wilayah Menara.. Dalam serangan hendap itu seorang tentera yang berpangkat kapten terbunuh dan 14 cedera parah.


Serangan ini dilakukan sehari selepas dialog perdamaian diadakan di Kuala Lumpur antara pihak Bangkok dan BRN-C di Kuala Lumpur pada 28 Mac,2013. Pihak BRN difahamkan meminta 60, 0000 tentera yang Thai yang berada di bumi Patani Darussalam ditarik keluar. Pihak Bangkok telah menolak permintaan itu.

Setakat ini lebih daripada 5,300 telah terbunuh akibat konflik yang meletus sejak 2004.


Hassan Taib Yang Saya Kenal


Seorang bekas anggota BRN mendakwa kenal baik dengan HassanTaib atau Arsae Toyib (sebutan bahasa Melayu Patani). Menurut Encik 'E' Hassan Taib adalah pemimpin BRN yang kredibitinya tidak diragui. Beliau adalah orang kedua selepas Encik Sep-ing Basor bekas mudir  sekolah Yayasan Thammawithya di Yala  dan pemimpin BRN.C

Encik 'E' mendakwa beliau telah kenal Hassan  3 dekad yang lalu, bila menyertai kumpulan pejuang itu. .Hassan menyertai BRN ketika berusia 18 tahun dan dihantar belajar di Indonesia.Beliau menyertai sayap tentera BRN sebagai peminpin. Setelah lulus daripada Universiti Padjajaran beliau pulang ke Patani Darussalam.


Semasa berada di Patani Darussalam banyak bergerak ke seluruh wilayah itu untuk mengajar di tiga wilayah Patani Darussalam. Dialah orang yang bertanggungjawab menubuhkan Tadika(sekolah melayu) di tiga wilayah.

Menurut Encik 'E'dia tidak tahu tentang dialog yang sedang bermula. Menurut Encik E lagi, mereka memuji mantan Perdana Menteri  itu kerana mengambil inisiatif berdialog dengan BRN.

Katanya lagi,perbincangan telah bermula dua tahun yang lalu di negara ketiga termasuklah di Dubai  .Di sini wakil BRN bertemu dengan Thaksin. Menurut Encik 'E' BRN lebih selesa dengan Thaksin kerana dia lebih mudah berkira berbanding pihak demokrat yang terlalu tegar.

Matlamaty utama BRN ialah merdeka dan berkerajaan sendiri. Bagaiman pun perkara itu boleh dirombak kiranya kerajaan Bangkok mampu memberikan keadilan kepada rakyat dan bekerja untuk kebaikan rakyat.

Isu Patani Darussalam Kian Hangat


Isu umat Islam Melayu Patani. kian merebak di peringkat kebangsaan,ASEAN malah kini telah mendapat meliputi di seluruh dunia. Dunia telah melihat bagaimana kerajaan Bangkok melayan dan menguruskan wilayah Patani ini yang pada sesuatu dahulu adalah sebuah kerajaan yang berdaulat dan merdeka.

Kerajaan Bangkok bertindak kejam dan zalim ke atas umat islam Melayui di Patani Darussalam. Tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan menyebabkan mereka bangkit dan menentang secara bersenjata.

Mereka ditembak sesuka hati tanpa sebarang bukti. Pembunuh lepas begitu sahaja. Tidak sebarang hukuman atau tangkapan dibuat terhadap pembunuh. Mereka lepas bebas di bawah undang-undang  Negara  Gajah Putih ini.

Kini kebangkitan umat Islam Patani telah meresahkan pentadbiran di Bangkok. Setiap hari tentera Thai berjumlah 60,000 menempah maut di setiap sudut wilayah Patani Darussalam.

Ada pendapat yang mengatakan kebangkitan di Patani tidak lagi bersifat lokal atau tempatan malah menjangkau lebih daripada itu. Bahannya sudah terasa ke seluruh Asia Tenggara.

Seorang ulamak besar Patani Darussalam Sheikh Daud Al-Fathani  yang jasadnya bersemadi di Mekah pernah berfatwa menentang Siam adalah jihad. Tetapi ada usaha-usaha untuk menidakkan fatwa ini oleh sarjana Barat dan yang sealiran dengannya. Mereka mengatakan ini adalah semangat nasionalisme Patani.



Friday, 22 March 2013

Carta Organisasi BRN-C


                                                            Bendera  BRN


















Thursday, 21 March 2013

Seorang Anak Lelaki Maut Dalam Letupan Bom


Seorang anak lelaki Nik Sofian,9 tahun telah terbunuh dalam letupan bom di bandar Patani. Ibunya,Wan Limah juga turut cedera.

Dalam kejadian itu 18 orang cedera dan  telah dikejarkan ke Hospital Patani.

Pihak polis telah menuduh ianya dilakukan oleh pihak pemisah. Tetapi menurut pemerhati bebas perbuatan ini dilakukan oleh pihak ketiga.

Sunday, 3 March 2013

Ustaz Hasan Taib Tokoh BRN Tidak Punya Pengaruh


Tidak banyak yang diketahui tentang pemimpin Barisan Revolusi Nasional, Ustaz Hasan Taib. Beliau berasal dari Jabat,Narathiwat, Fathani Darussalam

Beliau menyambungkan pelajarannya di Indonesia hingga ke peringkat master. Beliau seorang pelajar aktif semasa di kampus Uiniversiti Padjadjaram Indonesia.

Dikenali sebagai pemimpin pelajar Patani Darussalam semasa di Indonesia.
Lulus  dari universiti padatahun 1976.

Menurut Don Pathan seorang yang cukup arif tentang pejuang dan perjuangan Melayu Fathani,Ustaz Hasan Taib bukanlah seorang tokoh yang mempunyai pengaruh terhadap pejuang yang berada di lapangan.Oleh kerana tidak dapat menemui pemimpin pejuang yang berpengaruh maka pihak Bangkok secara tangkap muat menerima Hasan dengan 'dibantu' oleh pihak Malaysia.

Dalam hal ini pemimpin yang berwibawa tidak muncul. Ini dapat dilihat lepas menandatangani proses dialog damai letupan bom telah berlaku di kawasan  Patani dan Narathiwat!

Friday, 1 March 2013

Ledakan Bom Masih Berlaku Di Narathiwat

Meskipun perjanjian dialog damai antara Bangkok dan Barisan Revolusi Nasional telah ditandatangani  pada 28 Februari 2013, letupan bom tetap berlaku di daerah Muang Narathiwat pagi Jumaat ini.

Seramai 6 orang telah cedera parah termasuklah seorang tentera..Bom yang disembunyikan di dalam sebuah motorsikal telah meletup pada pukul 5.50 pagi di pasar jalan Phuphaphakdee,Narathiwat.



Menurut seorang saksi yang  memberi tahu polis,seorang anak muda yang tiba ke pasar dengan sebuah motorsikal  dan dipercayai mermbawa bahan letupan seberat  5 kilogram. Dia meletakkan motorsikalnya di hadapan pasar berdekatan sebuah pikup yang digunakan oleh tentera untuk menjaga pasar. Pemuda itu kemudian memasuki kumpulan orang ramai dan terus menghilangkan diri.



Lima minit kemudian berlaku letupan,mencederakan seorang tentera dan lima orang awam cederaMereka telah dimasukkan ke Hospital Ratchanakarin,Narathiwat.

Mangsa-mangsa letupan bom:
1. Sompong Woonpuan,66,cedera parah.
2.Hathaichanok Sae ngum,39
3.Ampom Palanuwat,60
4.Chantawee Sae Lao.42
5.Chitra  Anothai,60
6.JesadaDeipala,23 (tentera)

Letupan itu juga telah merosakan enam buah mtorsikal dan dua buah pikup.

Pihak polis menuduh pejuang yang melakukannya..

Thursday, 28 February 2013

Pejuang Fathani Akan Berdialog Dengan Bangkok

Barisan Revolusi Nasional(BNR) bersetuju untuk berdialog dengan pihak Bangkok dalam usia mencari jalan damai di wilayah yang terluka itu. Majoriti penduduk di Ujung Selatan ialah Melayu Islam atau dikenali dengan Melayu Fathani.

BNR diwakili oleh Ustaz Hassan Taib selaku pegawai perhubungan badan itu. Perjanjian ke arah dialog perdamaian telah ditandatangani antara  wakil Thailand dan BNR.



Keadaan tegang di wilayah itu telah memakan korban lebih daripada 5.500 nyawa semenjak 9 tahun yang lalu.

Friday, 22 February 2013

Balai Polis DiSerang

Pihak pejuang Fathani hari ini melancarkan serangan ke atas Balai Polis Kelabo,Fathani pada pukul 5.50 petang ini.

Pihak pejuang menggunakan M79 dan bom tangan ketika menyerang balai itu.

Seramai 6 orang anggota polis cedera parah dalam serangan itu.

Sebelum ini 16 orang pejuang gugur syahid ketika melancarkan serangan ke atas kem tentera laut  di Bacho,Narathiwat.

Thursday, 21 February 2013

Sang Munafik Serangan 13 Februari 2013 Sertai Tentera Thai

Seorang 'anggota pejuang' yang turut dalam serangan 13 Februari 2013 di Bacho,Narathiwat kini khabarnya telah menyertai tentera Thai Buddha. Khabarnya beliau mendapat layanan istimewa setelah berjaya mengorbankan 16 orang rakannya.

Beliaulah yang memasang bom ke laluan masuk kem tentera laut di Bacho. Beliau berada dibarisan belakang sekali. Pintu hadapan dibuka oleh As-syahid Mat Rasul yang berada di depan sekali.Perangkap yang dipasang oleh Si Munafik telah berjaya diikuti oleh Mat Rasul. Sebaik-baik sahaja betul-betul masuk dalam 'perangkap' Si Munafik memberikan isyarat. Bom diledakan oleh tentera laut.

Pertempuran berlaku selama 1 jam. Sang Munafik telah melarikan diri sebaik-baik sahaja bom diletupkan.
Rakan-rakan pejuang yang lain berundur setelah bertempuran selama 1 jam.


                                                       Pejuang Fathani Gugur Syahid


                                                          Kem Tentera Laut Di Bacho





Masyarakat Fathani Darussalam Perlukan Pejuang.

Penindasan tentera Siam terhadap rakyat Fathani Darussalam begitu parah sekali.Lihat kekejaman Siam di Tabal,Siam menyebutnya Tak  Bai. Nama Tabal itu berasal dari nama seorang ulama yang bernama Tuan Tabal.  Peristiwa di Mesjid Kerisik,di Mesjid Al-Furqan  sekadar beberapa contoh.

Kita tidak menafikan perlunya rakyat Fathani membina kekuatan ilmu dan membina perpaduan umat. Kita tidak harus bersifat apologetik dengan menafikan kekuatan tentera yang selalu disifat militen ataupun menggunakan kekerasan. Bukankah perlu ada sebilang kaum yang menentang  kebatilan tentera kafir harbi penjajah Siam ini?


Golongan pejuang adalah tenaga yang dapat mengimbangkan dan  menjadi 'check  and balance' dalam percaturan politik di Fathani Darussalam. Tanpa kekuatan  tentera Fathani Darussalam akan menjadi Rohingya kedua di Nusantara ini.

Kekuatan non-violence ataupun istilah yang selalu   digunakan oleh Gandhi  iaitu Santhiyagarha.Kekuatan ini ada terbatasannya. Pihak Palestin juga menggunakan kaedah ini tanpa menafikan kekuatan tentera. Dalam banyak perkara Palestin dan Fathani Darussalam ada banyak persamaan.

Jadi tindakan pejuang Patani menyerang kem tentera laut di Bacho baru-baru ini bukanlah suatu kesilapan seperti mana yang dicanangkan oleh golongan  apologetik.

Wednesday, 20 February 2013

Jala Tetap Tenang

Aku kembali ke Jala untuk melihat wajahmu. Jala tetap tenang dan damai menyambut kepulanganku. Tidak ramai pelancongan yang sudi dan berani datang ke Jala. Mereka bertemu dengan malaikat maut. Aku tidak menyalahkan mereka.

Mereka hendak mencari kedamaian.Berita di dada akhbar melaporkan wajah jelek tentang dirimu Jala.Mereka tidak pernah kenal dengan dirimu

Biarpun tiga wilayah yang dijajah oleh Siam bergolak dan bercocak aku masih tidak jemu menemuimu Jalaku.

Sebagai anak jajahan,aku tahu Siam tidak pernah berlaku adil.Bangsaku di sini ditindas,dibunuh,dibakar hidup-hidup.

Dasar Siamisasi menjadikan menjadikan ramai anak Melayu yang tidak boleh bertutur bahasa ibuandanya.Pergilah ke Songkhla,Setul,Panathalong dan lihatlah mereka. Tidak ramai yang boleh bertutur bahasa Melayu.

Tetapi di wilayah Jala,Patani dan Narathiwat mereka dengan bersusah payah mempertahankan tulisan Jawi yang bersendikan Al-Quran.Mereka boleh menulis dan membaca dengan baik. Pendek kata 3 wilayah ini adalah benteng pertahanan Bahasa Melayu tulisan jawi.

Tuesday, 19 February 2013

Tentera DiLempar Bom Tangan


Jala digempur lagi. Dua orang lelaki yang menunggang  mtorsikal telah melemparkan sebuah bom tangan jenis M26 ke atas sekumpulan tentera yang sedang menjalani  latiihan jasmani.

Kejadian itu berlaku pada jam 6.00 petang waktu Thailand.

Seramai lapan orang  tentera cedera dan sedang dirawat di Hospital Jala.