Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Sunday, 17 July 2016

Kumpulan Bunga Raya Berdepan Dengan Tuduhan 'Pemisah'

Kumpulan Bunga Raya yang menjalankan aktiviti pendidikan ntuk umat Melayu di wilayah yang bermajoriti orang Melayu bakal berdepan dengan tuduhan sebagai pemisah dan penyokong Barisan Revolusi Nasional(BRN)

Menurut Ketua Kumpulan itu Encik Hassan Tolla, mereka hanya mencetak baju T yang berhuruf Jawi bagi. memaparkan wilayah Melayu di Selatan Thailand. Perkara sebegini telah dilakukan semenjak tahun 2013 lagi.



Menurut Encik Hassan mereka menerima ugutan daripada pihak tentera Thailand. Pihak tentera mendakwa aktiviti ini merupakan propaganda BRN untuk memisahkan wilayah ini daripada Kerajaan Pusat.

"Semua tuduhan ini tidak benar. Kami mencari dana untuk mengisi tabung sekolah," jelas Encik Hassan lagi.




Menurut Encik Hassan berita ini banyak tersiar dalam media Thai. Ada yang memberikan laporan tepat. Tapi ada sebilangan media yang menyelewengkan fakta.

No comments:

Post a Comment