Menurut Ketua Kumpulan itu Encik Hassan Tolla, mereka hanya mencetak baju T yang berhuruf Jawi bagi. memaparkan wilayah Melayu di Selatan Thailand. Perkara sebegini telah dilakukan semenjak tahun 2013 lagi.
Menurut Encik Hassan mereka menerima ugutan daripada pihak tentera Thailand. Pihak tentera mendakwa aktiviti ini merupakan propaganda BRN untuk memisahkan wilayah ini daripada Kerajaan Pusat.
"Semua tuduhan ini tidak benar. Kami mencari dana untuk mengisi tabung sekolah," jelas Encik Hassan lagi.
Menurut Encik Hassan berita ini banyak tersiar dalam media Thai. Ada yang memberikan laporan tepat. Tapi ada sebilangan media yang menyelewengkan fakta.