Pondok Padang Pusu yang mempunyai lebih daripada 1000 orang pelajar telah diserbu oleh tentera kerana dikatakan pihak pemisah bersembunyi di sini. Pondok ini juga mempunyai ramai penuntut dari Malaysia yang terletak Pujud,di wilayah Patani.
Pondok yang terbesar di Patani ini cukup dicurigai oleh pihak tentera. Pelajar-pelajar telah diarah berkumpul di luar bilik bagi membolehkan pihak tentera mencari pihak pemisah.
Pihak tentera telah memeriksa seluruh kawasan pondok itu untuk mencari pemisah dan bahan-bahan bukti.Pihak tentera gagal menemui pemisah yang dikatakan berada di situ.
Pihak tentera terus menyoal siasat pihak pentadbir pondok.
Pihak pentadbir pondok memberikan kerjasama kepada pihak tentera yang membuat siasatan.