Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Thursday, 8 August 2013

BRN TANGGUH RUNDINGAN DAMAI

Tindakan Barisan Revolusi Nasional (BRN)menangguhkan rundingan damai dengan penjajah Siam telah disahkan oleh Timbalan Perdana Thailand, Pracha  Promnok menurut  'Bangkok Post'

Menurut pihak BRN dalam laporannya dalam YOU TUBE,rundingan tidak akan diteruskan selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Pihak Barisan Revolusi Nasional telah mengemukakan 5 tuntutan dalam klip videonya kepada penjajah Siam. Sehingga kini pihak penjajah Siam tidak memenuhi walaupun satu permintaan daripada BRN.

Malah menurut klip video itu lagi, penjajah Siam menipu,memfitnah rakyat Patani dan tidak menunaikan janji.



Wednesday, 7 August 2013

Keputusan Majlis Syura BRN

http://www.youtube.com/watch?v=8JE9NiawBL8&feature=youtu.be       


Sila klik URL di atas

Majlis Syura BRN telah membuat keputusan untuk TIDAK berunding dengan penjajah kerana sikapnya yang menipu,memfitnah bangsa Patani dan tidak menunaikan janji.

Monday, 5 August 2013

RAKAMAN CCTV 4 PEMBUNUH IMAM MESJID JAMEK PATANI

Ditengah-tengah kesibukan bandar empat orang pengganas dengan menunggang dua buah motorsikal menyerang kereta Imam dan melepaskan tembakan ke arahnya.




IMAM MESJID JAMEK PATANI MATI DITEMBAK

Sejak akhir-akhir ini nyawa Imam,Tok Guru dan Guru Tadika menjadi sasaran penjahat Siam. Hari ini nyawa Imam Mesjid Jamek Patani,wilayah Patani menjadi sasaran, Beliau telah ditembak oleh empat orang yang bersenjata sewaktu memandu kereta miliknya.

Sewaktu kejadian itu berlaku  Imam Yakob Ramanee memandu kereta di Pasar Cabang Tiga di tengah-tengah bandar Patani. Beliau ditembak pada pukul 16.35 petang. Imam Yakob mati di tempat kejadian.

Tiga tahun lalu beliau pernah diserang oleh penjahat. Tetapi sasarannya tidak tepat. Tembakan itu mengena kopiah yang dipakainya sahaja. Hari ini 5 Ogos 2013 beliau pulang menemui Penciptanya.
                                                                                                                                                                                                                                       

Pemergian beliau telah disembahyangi oleh lebih daripada 1000 orang hadirin 

Thursday, 11 July 2013

SETUL DILANDA BANJIR

Tujuh daerah di bahagian selatan Setul diisytiharkan kawasan darurat kerana dilanda banjir.


Setakat ini   9 200 buah rumah rosak akibat banjir. Pihak berkuasa tempatan sedang membuat tinjaun apakah bantuan yang diperlukan.


Gabenor wilayah Setul Muachai Jiraapirak  berkata hujan lebat yang melanda wilayah itu dengan kerosakan teruk di daerah Langu.

Arus banjir yang kuat memasuki taliair Langu dan arusnya melimpah ke kebun getah dan ladang kelapa sawit.

Ada setengah-tengah jalan tidak dapat dilalui tetapi pihak tentera  menyelesaikannya.

Wednesday, 1 May 2013

Pejuang Keadilan Melayu Islam Patani Dipenjara

Anwar Ismael anak muda berusia 30 tahun dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun kerana dituduh mempunyai hubungan dengan pihak pejuang kemerdekaan. Pihak pejuang kemerdekaan menurut pandangan penjajah Siam ialah pemberontak.

Beliau adalah pengasas Kumpulan Bunga Raya yang perihatin terhadap pendidikan umat Melayu Islam Patani.


Menurut sumber yang layak dipercayai kegiatan Anwar Ismael tidak disenangi oleh penjajah Siam. Pihak Siam mula menjajah Patani Darussalam pada tahun 1785. Pada saat itu bermulalah  ketegangan antara Melayu Islam Patani dengan pihak penjajah Siam yang saban hari menindas umat Melayu.

Sebelum ini beliau telah dipenjara selama 1 tahun. Kemudian beliau dibebaskan. Pihak penjajah Siam tidak senang dengan bebasnya Anwar.

Sekali lagi beliau ditahan dan dibicarakan di mahkamah  Patani atas tuduhan sebagai 'pemberontak'. Beliau telah disabitkan dengan kesalahan itu dan dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun lagi.

Segala tenaga,fikiran dan keringat digunakan untuk membangunkan umat Melayu Islam Patani. Sayangnya pihak penjajah Siam tidak mengerti  perjuangan Sdr. Anwar Ismael!

Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang isteri yang terpaksa meneruskan hidup tanpa seorang lelaki yang bernama suami. Anwar juga seorang wartawan yang bergerak cergas membantu masyarakat.

Sedang dikasih
Sedang disayang
Sayang sekali anda 'diambil' pemain wayang
lalu dikurung tempat yang tiada bayang.