Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Wednesday, 12 February 2014

Pembunuhan 3 Beradik Di Kampung Belukar Perak,Bacok,Menara,PATANI DARUSSALAM

Radio Media Selatan Melawat Mangsa Tembakan

Radio Media Selatan yang siarannya dapat diikuti melalui internet di Malaysia telah turun dan menyerahkan sumbangan kepada wakil keluarga mangsa di Kampung Belukar Perak,Bachok,wilayah Menara.

Orang kuat Radio Media Selatan yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Mat telah menyerah sendiri sumbangan itu kepada Abang Fadilah. Puan Fadilah masih lagi dirawat di hospital




Dalam kejadian itu 3 orang anak lelaki Puan Fadilah telah ditembak dan mati di tempat kejadian.















Abang Mat dari Radio Media Selatan sedang menyerahkan sendiri sumbangan kepada wakil keluarga Fadilah.

Sehingga kini tidak ada sebarang tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa Thailand  dalam kes pembunuhan ini.



Oleh Tun Srilanang Al-Filfilan

Tuesday, 11 February 2014

Wakil Syeikhul Islam Thailand Melawat Mangsa Tembakan

Tuan Hj Zakaria Bin Soleh, mewakili Chulamonteri Thailand melawat Puan Fadilah mangsa tembak 3 Februari 2014 yang kini berada di Hospital Hatyai. Puan Fadilah yang mengandung 4 bulan masih berada di hospital.

Wakil Chulamonteri yang juga, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Singgora kemudiannya mengadakan lawatan ke rumah  Encik Mahmud Maman,40 di Kampung Belukar Perak,Menara.

Lawatan wakil Chulamonteri mendapat reaksi yang baik daripada rakyat tempatan.

Pengarang dan tokoh pendidikan Patani yang terkenal,Encik Abdul Rahman Dewani mensifatkan lawatan itu sebagai tanda pemimpin Islam prihatin tentang penderitaan umat.

Sementara itu seorang kakitangan NGO DeepSouth Cik Arida Usman mensifatkan lawatan itu sebagai  tindakan yang baik.





Encik Abdul Rahman Dewani (Gambar di kiri)











Cik Arida Usman

Monday, 10 February 2014

Tentera Pembebasan Fathoni Darussalam


                                          Unit komando tentera Pembebasan Patani. Mereka bergerak dalam kumpulan antara 8 hingga 10 orang. Mereka lebih dikenali sebagai pejuang. Menurut satu sumber,sekarang ini terdapat 12,000 hingga 15,000 tentera Pembebasan Patani.


Matlamat mereka ialah mendirikan Negara Patani merdeka. Sebelum ditawan dan dijajah oleh Siam pada tahun 1786,Patani ialah sebuah kerajaan Melayu yang berdaulat dan merdeka.

Thursday, 6 February 2014

Sepanduk Di Wilayah Hujung Selatan Mengkritik Pemerintah Thai



 Selepas kejadian 3 Februari 2014 sepanduk sebegini kelihatan digantung di beberapa tempat awam. Banyak kejadian tembak orang  awam berlaku  di tiga wilayah yang majoritinya ialah penduduk Melayu Islam Patani. Tiga wilayah ini,Jala,Patani,Menara dan sebahagian daripadanya wilayah Senggora.

Keluarga Mangsa Pembunuhan 2004 Masjid Kerisik Berhimpun Secara Aman





                                                 Encik  Mahmud   Maman,40 tahun.

Keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai di Masjid Kerisik 2004 mengadakan perhimpunan aman sebagai membantah kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Siam terhadap keluarga Mahmud Maman seorang guru Tadika pada 3 Februari lalu.

Dalam kejadian itu 3 tiga orang anak lelaki Encik Mahmud ditembak mati,isterinya yang mengandung empat bulan,cedera dan terpaksa dipindahkan daripada Hospital Narathiwat(Menara) ke  Hospital Senggora(Songkhala).

Encik Mahmud menafikan sebarang penglibatannya dengan pihak pejuang Pembebasan Patani.