Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Wednesday, 15 October 2014

Cerita Dari Hujung Selatan

Baru-baru ini Aku ke Negara Patani Daussalam yang hilang. Orang Melayu di sini masih berugama Islam. Masih solat dan berpuasa. Pergi menunaikan haji di Makkah bagi yang mampu. Ada yang tidak mampu pergi tapi boleh pergi menunaikan haji. SubhaLlah! Segala perbelanjaan mereka ditanggung oleh orang-orang yang tertentu.

Musim raya korban cukup meriah sekali.Malamnya dihiasi dengan segala macam persembahan dan acara.Ada yang berzanji,membaca Al-Quran,berbalas pantun, syarahan,nasyid, cabutan bertuah, pameran,kenduri dan macam-macam. Pendek kata malam di negeri Sheikh Daud Al-Fathani semacam tidak tidur.Lampu-lampu terang benderang.Malam yang hitam itu terpaksa bertengkar dengan lampu-lampu yang hidup sampai azan subuh.

Malam itu Aku bertemu dengan seorang wartawan. Dia boleh berbahasa Melayu tetapi dialek Patani.Dia mahir menulis dalam tulisan Jawi. Cantik tulisannya. Tentulah dia ini lulusan sekolah pondok. Kalau sekolah Siam dia tentu tidak boleh menulis tulisan jawi. Dasar kerajaan Thai Buddha yang tidak mengizinkan bahasa dan tulisan Melayu di sekolah Sima.

Dia meminta nama dan alamat. Aku tulis dalam tulisan rumi.Oh! dia meminta Aku menulis dalam tulisan jawi kerana dia tidak boleh membaca tulisan rumi. Dia meminta tulisan dalam tulisan jawi.Aku menulis nama dan alamat dalam tulisan jawi.

Aku tidak menyalahkan dia.Pihak Siam telah menjajah negerinya sejak tahun 1785 lagi.Ramai orang Melayu yang ditawan,dibunuh,dijadikan hamba abdi dan dibawa ke Bangkok.

Mereka di sini cukup merindukan keadilan dan kedamaian. Keadilan dan kedamaian umurnya cukup pendek di sini.Ianya dibunuh oleh tentera Siam dari dahulu hingga kini.



No comments:

Post a Comment