Orang Rohingya di Myanmar ramai yang menjadi mangsa rejim Buddha. Mereka berugama Islam. Diusir dari negara sendiri. Menjadi pelarian. Ramai yang berjirah ke Malaysia dan merantau ke beberapa buah negara di dunia ini. Orang Rohingya dibunuh,Wanita dan gadis dirogol dan kemudiannya dibunuh. Orang lelaki dibakar hidup-hidup. harta mereka dirampas. Rumah mereka dibakar hangus. Dunia Barat semacam tidak kisah kekejaman yang dilakukan oleh rejim Buddha Myanmar. Tokoh agama mereka tersenyum puas dan membenarkan ini semua.
Jadi aku terkenang nasib saudara-saudara di tiga wilayah yang bergolak dan berkocak.Menara,Patani dan Jala. Oh ya, ada beberapa kawasan di Singgora. Mereka di sini berhempas pulas mempertahnakan diri, bahasa dan tanah tumpah darah, Negara Patani Darussalam. Mereka adalah orang Islam. Bangsa Melayu Patani. Di sini ada ulama yang hebat, pondok pengajian agama tradisi dan moden. Dahulu ramai pelajar dari Nusantara yang datang belajar dan menimba ilmu lau pulang ke negara sendiri dan menyebarkan ilmu didada.
Tapi kini Selatan Thailand semakin lesu tetapi ada waktunya masih bertenaga.
\\Kata Pak Tua yang Aku bertemu di sebuah warung setahun yang lalu. "Kami memang ada tentera sendiri." Aku terus membiarkan dia bercerita tentang Patani. Dia tahu Aku orang Malaysia. Tapi dia tidak memberi tahu jumlah tentera yang ada.
"kami tidak mahu menjadi seperti orang Rohingya. Tentera kami, orang Islam. Mereka mampu menjaga kami. Kami perlu menyokong mereka. Jadi tentera Siam perlu berfir dua tiga kali sebelum melakukan sesuatu terhadap kami. Kami tahu tentera Siam kuat dan hebat. Kami tidak mampu berperang secara terbuka. Berperang secara gerila boleh."
Aku bertanya, " Berapa lama boleh berperang secara begini? "itu bergantung kepada keadaan. Kiranya kami tidak ditindas, mendapat keadilan yang sepatutnya sebagai warganegara, kami tidak perlu berperang dengan Siam."
Kami tidak mahu menjadi seperti orang Rohingya. Kami tidak mahu membebankan jiran kami, Malaysia. Di Malaysia sudah penuh dengan orang Rohingya. Orang kami kami memang ramai di Malaysia. Kami mencari rezeki di Malaysia. Kami tidak mahu menjadi pelarian seperti orang Rohingya. Berjuang bagi kami sekarang ini adalah satu keperluan."
"Pak Tua bagaimana dengan pendidikan. anak-anak Melayu Patani?. Ramai anak Melayu yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Mereka lebih suka belajar agama."
"Kami memang mengakui pentingnya pendidikan. Sebuah buku mampu menawan ratusan pemikiran anak muda. Sebutir peluru mampu maragut satu nyawa saja. Kami perlukan buku daan peluru Encik! Ada dikalangan kami yang tidur makan dengan peluru. Ada yang tidur dengan buku!
Ya lain padang,lain belalang. Aku tidak mahu mengulas alasan Pak Tua itu. Dia anak tempatan di wilayah terluka. Dia melakukan apa difikirkan sesuai untuk wilayah ini.
Aku berkata kepada Pak Tua, "Pak Tua kenapa tidak sejahterakan bumi Patani ini dengan dakwah? Ini juga senjata Pak Tua!
Oleh Tun Sri Lanang Al-Filfilan
Dipetik daripada Deepsouthwatch.org/node/9962
No comments:
Post a Comment