Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Sunday, 17 July 2016

Kumpulan Bunga Raya Berdepan Dengan Tuduhan 'Pemisah'

Kumpulan Bunga Raya yang menjalankan aktiviti pendidikan ntuk umat Melayu di wilayah yang bermajoriti orang Melayu bakal berdepan dengan tuduhan sebagai pemisah dan penyokong Barisan Revolusi Nasional(BRN)

Menurut Ketua Kumpulan itu Encik Hassan Tolla, mereka hanya mencetak baju T yang berhuruf Jawi bagi. memaparkan wilayah Melayu di Selatan Thailand. Perkara sebegini telah dilakukan semenjak tahun 2013 lagi.



Menurut Encik Hassan mereka menerima ugutan daripada pihak tentera Thailand. Pihak tentera mendakwa aktiviti ini merupakan propaganda BRN untuk memisahkan wilayah ini daripada Kerajaan Pusat.

"Semua tuduhan ini tidak benar. Kami mencari dana untuk mengisi tabung sekolah," jelas Encik Hassan lagi.




Menurut Encik Hassan berita ini banyak tersiar dalam media Thai. Ada yang memberikan laporan tepat. Tapi ada sebilangan media yang menyelewengkan fakta.

Wednesday, 15 October 2014

Cerita Dari Hujung Selatan

Baru-baru ini Aku ke Negara Patani Daussalam yang hilang. Orang Melayu di sini masih berugama Islam. Masih solat dan berpuasa. Pergi menunaikan haji di Makkah bagi yang mampu. Ada yang tidak mampu pergi tapi boleh pergi menunaikan haji. SubhaLlah! Segala perbelanjaan mereka ditanggung oleh orang-orang yang tertentu.

Musim raya korban cukup meriah sekali.Malamnya dihiasi dengan segala macam persembahan dan acara.Ada yang berzanji,membaca Al-Quran,berbalas pantun, syarahan,nasyid, cabutan bertuah, pameran,kenduri dan macam-macam. Pendek kata malam di negeri Sheikh Daud Al-Fathani semacam tidak tidur.Lampu-lampu terang benderang.Malam yang hitam itu terpaksa bertengkar dengan lampu-lampu yang hidup sampai azan subuh.

Malam itu Aku bertemu dengan seorang wartawan. Dia boleh berbahasa Melayu tetapi dialek Patani.Dia mahir menulis dalam tulisan Jawi. Cantik tulisannya. Tentulah dia ini lulusan sekolah pondok. Kalau sekolah Siam dia tentu tidak boleh menulis tulisan jawi. Dasar kerajaan Thai Buddha yang tidak mengizinkan bahasa dan tulisan Melayu di sekolah Sima.

Dia meminta nama dan alamat. Aku tulis dalam tulisan rumi.Oh! dia meminta Aku menulis dalam tulisan jawi kerana dia tidak boleh membaca tulisan rumi. Dia meminta tulisan dalam tulisan jawi.Aku menulis nama dan alamat dalam tulisan jawi.

Aku tidak menyalahkan dia.Pihak Siam telah menjajah negerinya sejak tahun 1785 lagi.Ramai orang Melayu yang ditawan,dibunuh,dijadikan hamba abdi dan dibawa ke Bangkok.

Mereka di sini cukup merindukan keadilan dan kedamaian. Keadilan dan kedamaian umurnya cukup pendek di sini.Ianya dibunuh oleh tentera Siam dari dahulu hingga kini.



Sunday, 25 May 2014

Wartawan Kanan Prachatai DiTahan Oleh Rejim Tentera

Pravit Rojanaphruk wartawan kanan akhbar 'The  Nation' diperintahkan untuk melaporkan diri pihak berkuasa tentera Ahad ini jam 10.00 pagi.

Beliau diringi oleh Anan Nampha seorang peguam hak asasi kemanusiaan dan tiga  orang pegawai daripada  Pesuruhjaya  Tinggi Hak Asasi Kemanusiaan( OHCHR).


"Saya berharap mereka tidak patah semangat dan Jeneral Prayuth adalah diktator yang terakhir di  Thailand." Achara Ashayagachat, pemberita 'Bangkok Post  memetik kata-kata  beliau, " Mereka boleh menahan saya tetapi tidak boleh menyekat kesedaran saya."

Beliau merupakan seorang pengkritik yang lantang terhadap rejim tentera yang merampas kuasa yang diketuai oleh  Jeneral  Prayuth.

Tidak diketahui berapa  lama beliau ditahan dan pihak 'The Nation' setakat ini tidak mengeluarkan  sebarang kenyataan  berhubung dengan penahanan beliau.


5 Academics summoned by coup makers

Posted:25 May 2014 06:56 AM PDT

The National Council for Peace and Order (NCPO) a special security body under the coup makers, on Sunday night ordered give five scholars from leading Thammasat University and  Chulalongkorn University.

They are ordered to report themselves on Monday between 10-11am  at the Thai Army Club, Theves.

The five academics are:
1. Banjerd Sinkanneti, Faculty of Lawa, Thammasat University.
2.Surapon Nitikraipot, Rector of Thammasat University
3. Harirak Sutabutr, Thammasat Business School
4.Chai-anan samudavanija, a former Professor of Political Science at Chulalongkorn University.
5.Teerayut Boomee, Faculty of Sociology of Thammasat University


Taken from PRACHATAI.

Sunday, 2 March 2014

NYAWA GURU AGAMA DALAM BAHAYA DI PATANI

2 Mac,2014/30 Rabiul Akhir 1435


Ada orang yang tidak cintakan "Bunga Raya" lalu dibawa bersamanya senjata lalu membunuh orang yang tidak bersalah.


Begitulah keadaan yang terus berlaku di negara yang dijajah oleh penjajah Siam.,Patani Darussalam.

Dua orang lelaki yang bersenjata menunggang sebuah mtorsikal mengekori Ustaz Khairi Abdul Rahman yang juga seorang imam di Kampung Kunyit telah melepaskan beberapa tembakan.Tembakan yang singgah ke rusok dan di tepi pinggang menyebabkan beliau jatuh daripada motorsikalnya dan gugur di tempat kejadian.Anak beliau Haris 17 yang bersamanya cedera di paha dan dibawa ke hospital yang berdekatan.

Dalam kejadian itu beliau telah ditembak kira-kira 300 meter daripada Madrasah Quranil Karim.Ustaz Khairi meninggalkan seorang isteri,Puan Nafisah 50,3 orang anak. dua perempuan dan seorang lelaki.

Anak sulongnya Suraini 20, baru pulang bercuti dari Indonesia.Beliau masih menuntut di Universiti Wahid Hashim, Semarang,Indonesia. Anak beliau yang bongsu Fatimah, 14 masih menuntut.

Menurut Puan Nafisah, suami beliau ke tempat kerja dengan menunggang motorsikal bersama anak lelakinya Haris.


Lokasi kejadian.  


Kata wakil Pejuang Patani," Hari ini kami datang membawa BUNGA RAYA sebagai sombol kedamaian, tanpa membawa senjata. Perang juga telah  meletus di Patani, dan di Patani juga akan lahir kedamaian sesuai dengan gelaranya PATANI  DARUSSALAM."





Wednesday, 26 February 2014

Forum Wawasan Patani 2020

People's College atau Kolej Rakyat akan mengadakan forum bertajuk"Wawasan 2020 "Damai di Patani pada 1 Mac 2014 ini.

Ahli panelnya diundangan khas dari Malaysia dan Indonesia.

Prof Dr. Kamarulzaman Askandar dari Universiti Sains Malaysia. Mankala Prof. Dr.Ichsan Malek dari Universitas Indonesia dan Dr.Otto Shamsuddin Ishak, Universiti Syeh Kuala Kuala Banda Aceh.

Forum ini menonjolkan anak tempatan sebagai moderator. iaitu Dr.Faisal Daoh dari Universiti Putera Senggora.

Manakala di sebelah paginya disampaikan  sijil penghargaan kepada tamatan People's College.Pengarah kolej ini ialah Wan Ismael Naesae.

Saturday, 15 February 2014

Guna orang bersenjata


SUTEP’S MOB DEPLOY GUNMEN AGAINST PEOPLE WHO WANT TO VOTE


This is a video taken near Lak-see polling station in Bangkok. The polling station has been surrounded by an extreme right-wingBuddhist gang and Democrat Party thugs from the south, in an attempt to stop people from voting in Sunday’s election.  As local people and red shirts gathered to demand access to the polling station and ballot boxes, Democrat leaders Satit Wong-nongtuay and Sutep Tueksuban called on reinforcements to rush to Lak-see.  Among these reinforcements we see at least one gunman.
In the video clip below you will see a man in a black balaclava  holding a green and yellow plastic bag. There is an automatic rifle inside the bag and the gunman starts to fire at locals and police.
Some pictures from Thairath newspaper and Facebook.
Laksee1
Laksee2
Laksee4
Laksee3
Laksee5