Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Sunday 23 October 2016

Budu Oh! Budu!


Budu! Bubu! 
Oh! bubu 
Kamu hebat kini 
Suara kamu dkatakan bom


Tentera Siam menjadi cemas
Ada tentera yang terkencing!
Ha!ha!ha! ha!
Kesiaaan tentera Siam

Ada pelajar universiti ditahan kerana budu
Pelajar Melayu Patani di Ramkamheng
33 orang meringkuk keranamu Budu!



Budu sudah menjadi senjata
Jahilnya mereka ini
Budu pemecah selera
Oh budu! kamu dikatakan merbahaya
Tangkap Sang Budu

Mereka ini tidak mengerti apa itu budu
Budu itu BOM
Siapa gurumu yang budu itu BOM
Ha!ha! hi! hi!



Namamu Budu pasti mencatat rekod dunia kebahlolan tentera Siam
Hi! hi! hi!
Ke mana sarjanamu?
Adakah mereka dibalik tirai mendakap buku yang kaku?

Bubu namamu pasti tercatat dalam lipatan sejarah orang yang tolol.





Monday 19 September 2016

As-Syahid Muhamad Merah Pejuang Berani Mati Melayu Patani

Penindasan dan kekejaman pihak Siam terhadap orang Melayu Patani begitu berluasa sekali. Mereka menahan orang Melayu sesuka hati. Pihak penjajah Siam boleh merampas tanah orang sesuka hati. Pihak tentera dan polis dilindungi oleh undang-undang.

Mereka menama undang-undang ini sebagai "Undang-Undang Darurat"
Atas nama undang ini orang Melayu Patani boleh ditahan.
Ditahan tanpa bicara.
Diperlakukan sesuka hati.

Tindakan dan lingkah laku pihak berkuasa Siam Buddha menyebabkan orang Melayu marah dan bangun menentang pihak Siam.
Keadilan sudah mati dihati pihak Siam.

Muhamad Merah@ Mat Merah bangun menetang ratusan polis Siam dan skuad khas. Dia bersenjatakan M-16 dan dipinggang dipenuhi dengan bom tangan. Pertempuran sengit berlalu di rumahnya.Di Kampung Sungai Pandan,wilayah Patani.  Rumahnya dikepung oleh ratusan polis dan skuad khas.

Dia terus memberikan tentang hingga ke titisan darah yang terakhir.
Dia gugur  syahid.
Tiga orang pegawai polis berpangkat tinggi turut terkorban.

Peristiwa berdarah 28 Ogos 2003 tetap terpahat dihati orang-oang yang tertindas,dihati orang-orang yang dijajah.
Dihati orang-orang menuntut keadilan.
Dihati orang-orangMelayu Patani yang berbaris disepanjang sejarah

Friday 9 September 2016

Interesting facts and figures about the Deep South for the past 12 years

Interesting facts and figures about the Deep South for the past 12 years: This year’s January 4 marks the 12th year anniversary of the biggest arms robbery by Islamic militants when they raided the 4th development battalion’s Peeleng camp in Narathiwat’s Cho Airong district and escaped with 413 weapons, mostly M16 assault rifles. Ever since that daring raid which caught ...

Tuesday 6 September 2016

Muslim female soldiers in the Deep South want to wear hijab

Muslim female soldiers in the Deep South want to wear hijab: Muslim female soldiers in the Deep South have asked Prime Minister Prayut Chan-ocha for permission to allow them to wear hijab or head scarfs while performing their duties. In the petition addressed to the prime minister, the Muslim female soldiers who called themselves the southern border Muslim f...

Wednesday 24 August 2016

Tidak Ada Rundingan Dengan Pejuang Patani



Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan berkata tidak ada sebarang rundingan dengan pihak pejuang Patani selagi tidak keaman di wilayah selatan yang dikuasi oleh regim Thai Buddha itu.

Beliau berkata demikian  selepas berlaku serangan bom kereta di bandar Patani yang meragut seorang nyawa dan mencederakan lebih daripada 30 orang.


Monday 22 August 2016

Pondok Padang Pusu Diserbu Tentera Thai

Pondok Padang Pusu  yang mempunyai lebih daripada 1000 orang pelajar telah diserbu oleh tentera kerana dikatakan pihak pemisah bersembunyi di sini. Pondok ini juga mempunyai ramai penuntut  dari Malaysia yang terletak Pujud,di wilayah Patani.

Pondok yang terbesar di Patani ini cukup dicurigai oleh pihak tentera. Pelajar-pelajar telah diarah berkumpul di luar bilik bagi membolehkan pihak tentera mencari pihak pemisah.



Pihak tentera telah memeriksa seluruh kawasan pondok  itu untuk mencari pemisah dan bahan-bahan bukti.Pihak tentera gagal menemui pemisah yang dikatakan berada di situ.
Pihak tentera terus menyoal siasat pihak pentadbir pondok.

Pihak pentadbir pondok memberikan kerjasama kepada pihak tentera yang membuat siasatan.



Sunday 17 July 2016

Kumpulan Bunga Raya Berdepan Dengan Tuduhan 'Pemisah'

Kumpulan Bunga Raya yang menjalankan aktiviti pendidikan ntuk umat Melayu di wilayah yang bermajoriti orang Melayu bakal berdepan dengan tuduhan sebagai pemisah dan penyokong Barisan Revolusi Nasional(BRN)

Menurut Ketua Kumpulan itu Encik Hassan Tolla, mereka hanya mencetak baju T yang berhuruf Jawi bagi. memaparkan wilayah Melayu di Selatan Thailand. Perkara sebegini telah dilakukan semenjak tahun 2013 lagi.



Menurut Encik Hassan mereka menerima ugutan daripada pihak tentera Thailand. Pihak tentera mendakwa aktiviti ini merupakan propaganda BRN untuk memisahkan wilayah ini daripada Kerajaan Pusat.

"Semua tuduhan ini tidak benar. Kami mencari dana untuk mengisi tabung sekolah," jelas Encik Hassan lagi.




Menurut Encik Hassan berita ini banyak tersiar dalam media Thai. Ada yang memberikan laporan tepat. Tapi ada sebilangan media yang menyelewengkan fakta.