Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Tuesday 29 January 2019

Pelajar Pondok Al-Falah DiTahan Tentera Thailand

Pihak tentera Thailand tahan 25 pelajar Pondok Al-Falah atas tuduhan mengadakan ketenteraan di malam hari. Pihak tentera mendakwa pelajar dilatih untuk menjadi pejuang Patani.Di bawah ialah senarai pelajar yang ditahan dan disoalsiat.


Orang ramai tidak puashati dan marah dengan tindakan melulu itu. Menurut mereka pelajar ini berusia 13 hingga 17 tahun saban hari menukuni kitab dari pagi hingga larut malam. Adalah lucu bagi seorang pelajar berkain sarung berlatih ala tentera di waktu malam.

Kadang-kadang waktu nalamlah masa yang terluang untuk  bermain. Mereka berkata tindakan yang dilakukan oleh tentera menjatuhkan imej dan prestasi tentera itu sendiri.









Pihak tentera juga melakukan pemeriksaan DNA terhadap tahanan tersebut. Ketua Pondok Al-Falah Baba Saudi turut ditahan dan disoalsiasat.

Oleh T.S. Kembara 2019.


Pondok Al-Falah Digeledah Tentera Siam

Pondok Al-Falah di daerah Mayor,wilayah Patani,Thailand Selatan telah digeledah oleh pihak tentera pada Ahad lalu dan penghuni disoalsiat. Pondok tradisional yang dipimpin oleh Baba Saudi Lokmeng 59 tahun ditahan di kem tentera,Nong Cik,Patani, Thailand Selatan.

Pihak tentera mendakwa pondok ini dijadikan tempat melatih pejuang Patani yang bangun menentang Kerajaan Thailand.








Pondok Al-Falah kini menampong 100 pelajar termasuk 10 orang pelajar dari Kemboja. Kesemua pelajar yang menuntut di sini berumur antara 13 hingga 17 tahun.

Kini 25 orang pelajar Pondok Al-Falah ditahan dan disoalsiat. Pihak berkuasa juga membuat pemeriksaan  DNA keatas pelajar yang ditahan itu.

Oleh Hayy Bin Yazan


Thursday 1 March 2018

Pejuang Hak Asasi Kemanusiaan Melayu Patani Dirundung Malang

Aiman Hadeng 35 tahun pejuang keadilan untuk rakyat Patani telah ditahan dan dinafikan haknya untuk mendapatkan peguambela.Beliau ditahan pada 23 Februari kemudiannya dibebaskan pada 28 Februari 2018,

Penahanan terhadap pejuang keadilan sering berlaku di Thailand Selatan. Ada yang dihilangkan.Malah yang ditembak secara curi adalah perkara lumrah di Negara Gajaang Putih ini.Nyawa rakyat Melayu Islam Patani berhadapan dengan maut bila-bila masa sahaja.

Friday 24 February 2017

Buku,Peluru Dan Dakwah Di Selatan Thailand

Orang Rohingya di Myanmar ramai yang menjadi mangsa rejim Buddha. Mereka berugama Islam. Diusir dari negara sendiri. Menjadi pelarian. Ramai yang berjirah ke Malaysia dan merantau ke beberapa buah negara di dunia ini. Orang Rohingya dibunuh,Wanita dan gadis dirogol dan kemudiannya dibunuh.  Orang lelaki dibakar hidup-hidup. harta  mereka dirampas. Rumah mereka dibakar hangus. Dunia Barat semacam tidak kisah kekejaman yang dilakukan oleh rejim Buddha Myanmar. Tokoh agama mereka tersenyum puas dan  membenarkan ini semua.


Jadi aku terkenang  nasib saudara-saudara di tiga wilayah yang bergolak dan berkocak.Menara,Patani dan Jala. Oh ya, ada beberapa kawasan di Singgora. Mereka di sini berhempas pulas mempertahnakan diri, bahasa dan tanah tumpah darah, Negara Patani  Darussalam. Mereka adalah orang Islam. Bangsa Melayu Patani. Di sini ada ulama yang hebat, pondok pengajian agama tradisi dan moden. Dahulu ramai pelajar dari Nusantara yang datang belajar dan menimba ilmu lau pulang ke negara sendiri dan menyebarkan ilmu didada.

Tapi kini Selatan Thailand semakin lesu tetapi ada waktunya masih bertenaga.

 \\Kata Pak Tua yang Aku bertemu di sebuah warung setahun yang lalu. "Kami memang ada tentera sendiri." Aku terus membiarkan dia bercerita tentang Patani.  Dia tahu Aku orang Malaysia.  Tapi dia tidak memberi tahu jumlah tentera yang ada.

"kami tidak mahu menjadi seperti orang Rohingya. Tentera kami, orang Islam.  Mereka mampu menjaga kami.  Kami perlu menyokong mereka.  Jadi tentera  Siam perlu berfir dua tiga kali sebelum melakukan sesuatu terhadap  kami. Kami tahu tentera Siam kuat dan hebat. Kami tidak mampu berperang secara terbuka. Berperang secara gerila boleh."

Aku bertanya, " Berapa lama boleh berperang secara begini? "itu bergantung kepada keadaan. Kiranya kami tidak ditindas, mendapat keadilan yang sepatutnya sebagai warganegara, kami tidak perlu berperang dengan Siam."

Kami tidak  mahu menjadi seperti orang Rohingya. Kami tidak mahu membebankan jiran kami, Malaysia. Di Malaysia sudah penuh dengan orang Rohingya. Orang kami kami memang ramai di Malaysia. Kami mencari rezeki di Malaysia. Kami tidak mahu menjadi pelarian seperti orang Rohingya. Berjuang bagi kami sekarang ini adalah satu keperluan."

"Pak Tua bagaimana dengan pendidikan.  anak-anak Melayu Patani?. Ramai anak Melayu yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Mereka lebih suka belajar agama."

"Kami memang mengakui pentingnya pendidikan.  Sebuah buku mampu menawan ratusan pemikiran anak muda.  Sebutir peluru mampu maragut satu nyawa saja. Kami perlukan buku daan peluru Encik! Ada dikalangan kami yang tidur makan dengan  peluru. Ada yang tidur dengan buku!

Ya lain padang,lain belalang. Aku tidak mahu mengulas alasan Pak Tua itu. Dia anak tempatan di wilayah terluka. Dia melakukan apa difikirkan sesuai untuk wilayah ini.

Aku berkata kepada Pak Tua, "Pak Tua kenapa tidak sejahterakan bumi Patani ini dengan dakwah? Ini juga senjata Pak Tua!

Oleh Tun Sri Lanang Al-Filfilan

Dipetik daripada Deepsouthwatch.org/node/9962

Sunday 23 October 2016

Budu Oh! Budu!


Budu! Bubu! 
Oh! bubu 
Kamu hebat kini 
Suara kamu dkatakan bom


Tentera Siam menjadi cemas
Ada tentera yang terkencing!
Ha!ha!ha! ha!
Kesiaaan tentera Siam

Ada pelajar universiti ditahan kerana budu
Pelajar Melayu Patani di Ramkamheng
33 orang meringkuk keranamu Budu!



Budu sudah menjadi senjata
Jahilnya mereka ini
Budu pemecah selera
Oh budu! kamu dikatakan merbahaya
Tangkap Sang Budu

Mereka ini tidak mengerti apa itu budu
Budu itu BOM
Siapa gurumu yang budu itu BOM
Ha!ha! hi! hi!



Namamu Budu pasti mencatat rekod dunia kebahlolan tentera Siam
Hi! hi! hi!
Ke mana sarjanamu?
Adakah mereka dibalik tirai mendakap buku yang kaku?

Bubu namamu pasti tercatat dalam lipatan sejarah orang yang tolol.





Monday 19 September 2016

As-Syahid Muhamad Merah Pejuang Berani Mati Melayu Patani

Penindasan dan kekejaman pihak Siam terhadap orang Melayu Patani begitu berluasa sekali. Mereka menahan orang Melayu sesuka hati. Pihak penjajah Siam boleh merampas tanah orang sesuka hati. Pihak tentera dan polis dilindungi oleh undang-undang.

Mereka menama undang-undang ini sebagai "Undang-Undang Darurat"
Atas nama undang ini orang Melayu Patani boleh ditahan.
Ditahan tanpa bicara.
Diperlakukan sesuka hati.

Tindakan dan lingkah laku pihak berkuasa Siam Buddha menyebabkan orang Melayu marah dan bangun menentang pihak Siam.
Keadilan sudah mati dihati pihak Siam.

Muhamad Merah@ Mat Merah bangun menetang ratusan polis Siam dan skuad khas. Dia bersenjatakan M-16 dan dipinggang dipenuhi dengan bom tangan. Pertempuran sengit berlalu di rumahnya.Di Kampung Sungai Pandan,wilayah Patani.  Rumahnya dikepung oleh ratusan polis dan skuad khas.

Dia terus memberikan tentang hingga ke titisan darah yang terakhir.
Dia gugur  syahid.
Tiga orang pegawai polis berpangkat tinggi turut terkorban.

Peristiwa berdarah 28 Ogos 2003 tetap terpahat dihati orang-oang yang tertindas,dihati orang-orang yang dijajah.
Dihati orang-orang menuntut keadilan.
Dihati orang-orangMelayu Patani yang berbaris disepanjang sejarah