Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Sunday 2 March 2014

NYAWA GURU AGAMA DALAM BAHAYA DI PATANI

2 Mac,2014/30 Rabiul Akhir 1435


Ada orang yang tidak cintakan "Bunga Raya" lalu dibawa bersamanya senjata lalu membunuh orang yang tidak bersalah.


Begitulah keadaan yang terus berlaku di negara yang dijajah oleh penjajah Siam.,Patani Darussalam.

Dua orang lelaki yang bersenjata menunggang sebuah mtorsikal mengekori Ustaz Khairi Abdul Rahman yang juga seorang imam di Kampung Kunyit telah melepaskan beberapa tembakan.Tembakan yang singgah ke rusok dan di tepi pinggang menyebabkan beliau jatuh daripada motorsikalnya dan gugur di tempat kejadian.Anak beliau Haris 17 yang bersamanya cedera di paha dan dibawa ke hospital yang berdekatan.

Dalam kejadian itu beliau telah ditembak kira-kira 300 meter daripada Madrasah Quranil Karim.Ustaz Khairi meninggalkan seorang isteri,Puan Nafisah 50,3 orang anak. dua perempuan dan seorang lelaki.

Anak sulongnya Suraini 20, baru pulang bercuti dari Indonesia.Beliau masih menuntut di Universiti Wahid Hashim, Semarang,Indonesia. Anak beliau yang bongsu Fatimah, 14 masih menuntut.

Menurut Puan Nafisah, suami beliau ke tempat kerja dengan menunggang motorsikal bersama anak lelakinya Haris.


Lokasi kejadian.  


Kata wakil Pejuang Patani," Hari ini kami datang membawa BUNGA RAYA sebagai sombol kedamaian, tanpa membawa senjata. Perang juga telah  meletus di Patani, dan di Patani juga akan lahir kedamaian sesuai dengan gelaranya PATANI  DARUSSALAM."





No comments:

Post a Comment