Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Thursday 21 February 2013

Masyarakat Fathani Darussalam Perlukan Pejuang.

Penindasan tentera Siam terhadap rakyat Fathani Darussalam begitu parah sekali.Lihat kekejaman Siam di Tabal,Siam menyebutnya Tak  Bai. Nama Tabal itu berasal dari nama seorang ulama yang bernama Tuan Tabal.  Peristiwa di Mesjid Kerisik,di Mesjid Al-Furqan  sekadar beberapa contoh.

Kita tidak menafikan perlunya rakyat Fathani membina kekuatan ilmu dan membina perpaduan umat. Kita tidak harus bersifat apologetik dengan menafikan kekuatan tentera yang selalu disifat militen ataupun menggunakan kekerasan. Bukankah perlu ada sebilang kaum yang menentang  kebatilan tentera kafir harbi penjajah Siam ini?


Golongan pejuang adalah tenaga yang dapat mengimbangkan dan  menjadi 'check  and balance' dalam percaturan politik di Fathani Darussalam. Tanpa kekuatan  tentera Fathani Darussalam akan menjadi Rohingya kedua di Nusantara ini.

Kekuatan non-violence ataupun istilah yang selalu   digunakan oleh Gandhi  iaitu Santhiyagarha.Kekuatan ini ada terbatasannya. Pihak Palestin juga menggunakan kaedah ini tanpa menafikan kekuatan tentera. Dalam banyak perkara Palestin dan Fathani Darussalam ada banyak persamaan.

Jadi tindakan pejuang Patani menyerang kem tentera laut di Bacho baru-baru ini bukanlah suatu kesilapan seperti mana yang dicanangkan oleh golongan  apologetik.

No comments:

Post a Comment