Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Thursday 15 August 2013

YB Abdul Ghafur Dalam Kenangan

Berita kematian YB Abdul Ghafur Bin Kundur  pada 14 Ogos 2013 cukup memeranjatkan. Beliau ditembak dengan senjata M-16oleh orang yang tidak dikenali pada pukul 5 petang dalam  perjalanan pulang dengan keretanya.


Sebelum ini beliau bergerak  cergas  dalam poltik. Beliau telah berjaya dipilih sebagai YB sebanyak  enam kali. Allahyarham dikira sebagai seorang politikus Islam yang terkenal.

YB Abdul Ghafur cukup rapat  dengan masyarakat setempat, iaitu Kampung Pulau Gasing. YB Abdul Ghafur  merupakan mangsa ke 15 pembunuhan di kampung itu.

Menurut pihak berkuasa di Yarang,Patani berkata kematian YB adalah berkaitan dengan soal peribadi. Tetapi  masyarkat Melayu Islam tahu siapa dalang dan pembunuhnya. Hanya orang di luar negeri sahaja masih kabur siapa pembunuh dan dalangnya.                          

Beliau ialah pengasas dan pengarah 'Amalliddin Of  Foundation School di kampungnya. Murid-murid tidak dikenakan  bayaran atau yuran untuk  persekolahan mereka. Mereka perlu bayar tambang pengangkutan sahaja bagi murid-murid yang menggunakan pengangkutan untuk  datang ke sekolah.


Beliau cukup perihatin dengan pendidikan anak Melayu Islam Patani. Jadi sebab itulah mendirikan sekolah di kampungnya. Sekolah itu didirikan bersebelahan rumahnya.

Selain daripada itu dia menyediakan program pendidkan peringkat sarjana muda di sekolahnya. Program ini diadakan pada waktu malam.Semuanya percuma. Tenaga pengajar program ini memberikan khidmat secara sukarela untuk memajukan pendidikan anak bangsa Melayu Islam Patani.

Beliau pernah menyuarakan tentang keselamatan dirinya. Dirinya juga dalam bahaya!

2 comments:

  1. Al-fatihah kepada allahyarham... sesungguhnya penjajah siam tahu ancaman yang datang dari usaha-usaha YB ini .

    ReplyDelete