Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Tuesday 4 February 2014

Tentera Penjajah Tembak Wanita Mengandung,Bunuh Kanak-Kanak

Tiga orang kanak-kanak yang tidak berdosa ditembak mati oleh tentera penjajah dan seorang wanita yang mengandung 4 bulan cedera parah.

Kanak-kanak yang meninggal dalam kejadian itu ialah Bahari Bin Matman 9,Mujahid Matman 11 dan Ilyas Matman berumur 3 tahun. Kejadian itu berlaku pada pukul 9.00 malam 3 Februari 2014. Puan Fadilah Maeyu cedera parah dan telah dikejarkan ke Hospital Menara.

Kejadian yang berlaku di Kampung Belukar,kawasan Belukar Samok, daerah Bachok,wilayah Menara. Pihak pengganas dikatakan menggunakan pistol sewaktu melakukan tembakan terhadap keluarga yang baru pulang menunaikan solat jemaah   di masjid Kampung Belukar Samok. Mereka ditembak di hadapan rumah.                                                    


Ketiga-tiga orang kanak-kanak itu mati di tempat kejadian. Puan Fadilah Maeyu 33,dikejarkan ke hospital Menara.

Sementara itu Puan Fadilah dlaporkan berada dalam keadaan stabil dan selamat.

Orang-orang kampung secara tegas menuduh tentera Thai yang melakukan serangan itu.

Wilayah Menara yang majoriti berpenduduk Melayu Patani sentiasa diancam oleh tentera Thai dan tentera hitam.


Kebangkitan rakyat di Hujung Selatan menentang kezaliman tentera Thai memakan korban lebih daripada 4,500 orang.Setakat ini terdapat 60,000 anggota keselamatan ditempatkan di 3 wilayah,Jala,Patani,Menara serta sebahagian wilayah di Singgora dan sebanyak 145 bilion bath yang dibelanja   untuk memadamkan kebangkitan umat Melayu Islam Patani. Kebangkitan terus menyala dan tidak dapat dipadam hingga kini.                                                    

No comments:

Post a Comment