Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Monday 3 February 2014

Thailand Perlukan Pemimpin Seperti M.R.Kukrit Pramoj Sebagai Perdana Menteri

Keadaan politik di Bangkok terus bergolak. Pihak yang yang terlibat dalam demontrasi bertindak ganas.Keadaan yang menyedihkan berlaku terhadap umat Islam di wilayah Trang.

Pengikut Suthep yang beragama Buddha telah mengepong masjid dam melarang orang Islam melakukan amal ibadat. Tindakan melampau pengikut Suthep mengundang kemarahan umat Islam di Hujung Selatan.Orang Islam bersetuju mengadakan bantahan secara aman di hadapan Masjid Kerisik selepas solat Jumaat.

Pihak berkuasa telah bertindak pantas menghalang sebarang demontrasi selepas solat Jumaat. Mungkin pihak berkuasa mengambil pengalaman daripada peristiwa berdarah Masjid Kerisik dan di Tabal(2004)

Thailand memerlukan seorang pemimpin yang dinamik,berpelajaran tinggi,berhemah tinggi dan memahami serta menghayati budaya umat Melayu Islam Patani.Sesungguhnya orang Melayu Islam Patani bukanlah orang Thai!

Thailand pernah mempunyai seorang Perdana Menteri yang faham tentang  jiwa dan perasaan umat Melayu di Hujung Selatan.Tokoh yang dimaksudkan ialah M.R.Kukrit Pramoj(1911-1995). Beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 1975-1977.

Beliau telah mengkritik dasar pihak berkuasa di Bangkok yang hendak melenyapkan segala  bentuk identiti orang Melayu Patani di Hujung Selatan dengan pelbagai cara dan kuasa yang ada.Tindakan ini bukan sahaja tidak wajar malah semakin melebarkan lagi jurang perbezaan.

Sikap tidak menghormati budaya setempat oleh Thai Buddha menyebabkan berlakunya pertembungan antara Islam dan Buddha.

Keadaan yang tidak dikawal mungkin terus menjadi tegang,malah tidak mustahil berlakunya pertempuran bersenjata.

M.R. Kukrit Pramoj pernah mengulas tentang dasar intetgrasi nasional. Beliau berkata,

"We  are deceiving them that they are Thai. But the fact is that they are Malays. That is the problem.....Do not force them to be Thai. Encourage  them to be themselves and keep their own identity."

Mengikut Dr.Zachary Abuza dalam tulisannya," The Ongoing Insurgency in Southern Thailand: Trends in Violence, Counterinsurgency Operations, and the Impact of national Politics(2011), beliau telah diperingatkan beberapa kali tentang isu keadilan di Hujung Selatan.

"Muslims in the south repeatedly warned me that until the issue of social justice is tackled, the insurgency cannot be quelled."

No comments:

Post a Comment