Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Saturday 30 March 2013

Hassan Taib Yang Saya Kenal


Seorang bekas anggota BRN mendakwa kenal baik dengan HassanTaib atau Arsae Toyib (sebutan bahasa Melayu Patani). Menurut Encik 'E' Hassan Taib adalah pemimpin BRN yang kredibitinya tidak diragui. Beliau adalah orang kedua selepas Encik Sep-ing Basor bekas mudir  sekolah Yayasan Thammawithya di Yala  dan pemimpin BRN.C

Encik 'E' mendakwa beliau telah kenal Hassan  3 dekad yang lalu, bila menyertai kumpulan pejuang itu. .Hassan menyertai BRN ketika berusia 18 tahun dan dihantar belajar di Indonesia.Beliau menyertai sayap tentera BRN sebagai peminpin. Setelah lulus daripada Universiti Padjajaran beliau pulang ke Patani Darussalam.


Semasa berada di Patani Darussalam banyak bergerak ke seluruh wilayah itu untuk mengajar di tiga wilayah Patani Darussalam. Dialah orang yang bertanggungjawab menubuhkan Tadika(sekolah melayu) di tiga wilayah.

Menurut Encik 'E'dia tidak tahu tentang dialog yang sedang bermula. Menurut Encik E lagi, mereka memuji mantan Perdana Menteri  itu kerana mengambil inisiatif berdialog dengan BRN.

Katanya lagi,perbincangan telah bermula dua tahun yang lalu di negara ketiga termasuklah di Dubai  .Di sini wakil BRN bertemu dengan Thaksin. Menurut Encik 'E' BRN lebih selesa dengan Thaksin kerana dia lebih mudah berkira berbanding pihak demokrat yang terlalu tegar.

Matlamaty utama BRN ialah merdeka dan berkerajaan sendiri. Bagaiman pun perkara itu boleh dirombak kiranya kerajaan Bangkok mampu memberikan keadilan kepada rakyat dan bekerja untuk kebaikan rakyat.

No comments:

Post a Comment