Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Friday 1 March 2013

Ledakan Bom Masih Berlaku Di Narathiwat

Meskipun perjanjian dialog damai antara Bangkok dan Barisan Revolusi Nasional telah ditandatangani  pada 28 Februari 2013, letupan bom tetap berlaku di daerah Muang Narathiwat pagi Jumaat ini.

Seramai 6 orang telah cedera parah termasuklah seorang tentera..Bom yang disembunyikan di dalam sebuah motorsikal telah meletup pada pukul 5.50 pagi di pasar jalan Phuphaphakdee,Narathiwat.



Menurut seorang saksi yang  memberi tahu polis,seorang anak muda yang tiba ke pasar dengan sebuah motorsikal  dan dipercayai mermbawa bahan letupan seberat  5 kilogram. Dia meletakkan motorsikalnya di hadapan pasar berdekatan sebuah pikup yang digunakan oleh tentera untuk menjaga pasar. Pemuda itu kemudian memasuki kumpulan orang ramai dan terus menghilangkan diri.



Lima minit kemudian berlaku letupan,mencederakan seorang tentera dan lima orang awam cederaMereka telah dimasukkan ke Hospital Ratchanakarin,Narathiwat.

Mangsa-mangsa letupan bom:
1. Sompong Woonpuan,66,cedera parah.
2.Hathaichanok Sae ngum,39
3.Ampom Palanuwat,60
4.Chantawee Sae Lao.42
5.Chitra  Anothai,60
6.JesadaDeipala,23 (tentera)

Letupan itu juga telah merosakan enam buah mtorsikal dan dua buah pikup.

Pihak polis menuduh pejuang yang melakukannya..

No comments:

Post a Comment