Keadilan dan kedamaian sudah dirampas oleh penjajah Siam

DI BUMI INILAH BERSEMADI JASAD PARA SYUHADA DAN ILMUAN YANG NAMANYA HAMPIR TERPADAM DALAM LIPATAN SEJARAH BANGSA.BIARPUN BEGITU BANGSA YANG BERNAMA MELAYU TETAP MENGAKAR DAN MERIMBUN DENGAN SENDI SYARIAT ISLAM. DI WILAYAH INILAH BANGSA MELAYU FTHONI ISLAM DITINDAS SIANG DAN MALAM OLEH BANGSA PENJAJAH YANG BERNAMA SIAM. TIDAK AKAN ADA KEAMANAN DAN KEADILAN SELAGI SIAM TERUS BERKUASA!

Saturday 30 March 2013

Isu Patani Darussalam Kian Hangat


Isu umat Islam Melayu Patani. kian merebak di peringkat kebangsaan,ASEAN malah kini telah mendapat meliputi di seluruh dunia. Dunia telah melihat bagaimana kerajaan Bangkok melayan dan menguruskan wilayah Patani ini yang pada sesuatu dahulu adalah sebuah kerajaan yang berdaulat dan merdeka.

Kerajaan Bangkok bertindak kejam dan zalim ke atas umat islam Melayui di Patani Darussalam. Tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan menyebabkan mereka bangkit dan menentang secara bersenjata.

Mereka ditembak sesuka hati tanpa sebarang bukti. Pembunuh lepas begitu sahaja. Tidak sebarang hukuman atau tangkapan dibuat terhadap pembunuh. Mereka lepas bebas di bawah undang-undang  Negara  Gajah Putih ini.

Kini kebangkitan umat Islam Patani telah meresahkan pentadbiran di Bangkok. Setiap hari tentera Thai berjumlah 60,000 menempah maut di setiap sudut wilayah Patani Darussalam.

Ada pendapat yang mengatakan kebangkitan di Patani tidak lagi bersifat lokal atau tempatan malah menjangkau lebih daripada itu. Bahannya sudah terasa ke seluruh Asia Tenggara.

Seorang ulamak besar Patani Darussalam Sheikh Daud Al-Fathani  yang jasadnya bersemadi di Mekah pernah berfatwa menentang Siam adalah jihad. Tetapi ada usaha-usaha untuk menidakkan fatwa ini oleh sarjana Barat dan yang sealiran dengannya. Mereka mengatakan ini adalah semangat nasionalisme Patani.



No comments:

Post a Comment